Blogger Layouts

Tuesday 16 August 2011

seharian d ALOR SETAR

Assalamualaikum sume,,,, sihat ker? ALHAMDULILLAH, hari ni dah 16 hari kita ummat ISLAM menjalani ibadah puasa :)) SYUKUR kepada ALLAH kerana masih diberi kesempatan dan kesihatan yang untuk menunaikan ibadah puasa dengan sempurna.

okie,, ni kisah zaman tok kaduk dah ni,, saja nak jadi bahan untuk update blog heheheh,,,,
sebelum umat ISLAM menyambut RAMADHAN,, kami sekeluarga pegi jalan2 kat ALOR SETAR,, tujuan utama sebab parent nak hadir kursus MONAVIE,, kitaorang just bergedik santai nak ikut :))

Dah alang2 ronda2 kat ALOR SETAR, kami sempat g MENARA ALOR SETAR, MUZIUM PADI n lepak2 kat dataran MASJID ZAHIR sementara tunggu parent habis kursus..

nak nek MENARA kena bayaq RM4 for students sekolah and IPTA SAHAJA and orang awam biasa RM6,, MENARA ALOR SETAR buka xconfirm hehe tp tutup pukul 10 MALAM, so leh la pusing2 puas2 atas menara tue,,,

nie gambar-gambar yang sempat disnap :)))

ni ghupenya menara aloq staq ye adik2

kanak2 rebena men boyan depan menara

kanak2 rebena 2

menara tecit :)

menara tecit jugak :)

lepak kuale kedah!

atas MENARA

at MUZIUM PADI 1

at MUZIUM PADI 2

at MUZIUM PADI 3

at MUZIUM PADI 4

at MUZIUM PADI 5

dataran depan MASJID ZAHIR

tapi agak terkilan jugak coz xdapat nak masuk PUSAT SAINS WILAYAH UTARA sebab dah terlebih waktu heheh apa2 pon sonok sangat :)) 

Tuesday 9 August 2011

Bercerita Tentang Makanan Di Pagi Ramadhan~~~

ASSALAMUALAIKUM,,,

kawan2 yang kami kasihi,,, heheheh sihat ka? ha,,, rini kami nak cita pasal MAKANAN!!!!

 wah2 pagi2 di bulan ramadhan ni, mood yang baik nak cita pasal makanan hehehehe
MAKANAN2 yang akan diceritakan ini adalah makanan yang kami makan dan try buat masa TRIP KE GANU lepas:)

ok! makanan yang kami try buat ialah NASI DAGANG & KETUPAT SOTONG!! sila telan air liur :p

wawawwa (guling2) sedappppp sangat!!!!

NASI DAGANG, seperti semua kita tahu,, nasi ni sangat femes kat GANU kan,,, bekpes pong boleh, lunch pong boleh dinner pong boleh,, supper xjumpa ag heheheh. ok nasi dagang ni macam pulut-pulut sikit,, melekat cam tu,, dan dihidangkan bersama kari ikan tongkol dan acar mentah(acar timun). maap resepi kami xdan nak salin heheheh. Jom usha gambaq k,,

 acar mentah


nasi dagang

kari ikan tongkol

ermmmmmm,,, sedap kan? tukang masak yang ajaq kami wat makanan ganu ni sangat hebat! hehehh

ok! KETUPAT SOTONG... ketupat sotong ni, masukkan pulut yang telah dikukus ke dalam sotong, sampai sotong tu buncit heheheh dan kemudian masakkan bersama kuah lemak,, yang ni sangat MARVELOUSSSSSSSSS!! sedap sangat!
okie ni gambaq2 yang kami sempat snap :p

 sotong setelah dibuncitkan :p

 ni rupanya bila dah siap!

kuah lemak :)

okie thats ol! kawan2 g ganu mesti cube taw, wat kat umah pong ok jugak! daaaaaaaa
SELAMAT BERPUASA (^_^)

RAMADHAN~~~

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
 

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 


2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 


3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 


4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 


5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN :) IKHLAS DARI 4SISTORY