Blogger Layouts

Thursday 12 April 2012

PAGE BARU :)

ASSALAMUALAIKUM,,,

Memandangkan penjualan tudung bawal semakin hangat *perasan kejap* maka terciptalah sebuah page baru yang bernama Zishifa Collections untuk memudahkan urusan jual beli heheh :) so sila lah like! :p


apa yang best sgt kat page baru ni????


1. post tudung terkini *InsyaALLAH*

2.  harga termurah dipasaran
3. Harga BORONG terendah!!!!
4. tokey yg baik hati *blushing :p*



so ape tunggu lagi? like page Zishifa Collections untuk dapatkan tudung bawal dengan harga termurah!! yeay!

p/s:: thanks to all our cust :)

Wednesday 28 March 2012

COTTON PRINTED OR BERCORAK

ASSALAMUALAIKUM,, dapatkan tudung cotton bercorak or printed dengan harga yang termurah,,, hanya RM 13 SAHAJA!!!! diulangi RM13 SAHAJA,,, dapatkan sementara stok masih ada,, xnak bebel banyak2 jom usha2 kot berkenan :)



















dapatkan sekarang sebelum kehabisan stok :)
berminat? PM ME NOW!

Friday 23 March 2012

BAWAL 2 TONE BARU!!!

ASSALAMUALAIKUM,,

ALHAMDULILLAH,, dapat bertemu lagi di ruang yang tidak bermuka ini,, yeah,, thanks to all yang sudi membeli tudung bawal kami,, ALHAMDULILLAH dah 2 batch SOLD OUT!! (agak excited sebab first time wat bisnes online).. ok!! sekarang kami kembali dengan TUDUNG BAWAL 2TONA BARU dengan harga RM12 saja,,, grab it!!! kitaorang dah survey harga pasaran RM15 taw untuk sehelai :) so kawan-kawan kira murah2 jek :p

ni saja stok untuk kali ini,, dapatkan segera sebelum kehabisan stok!





kalau berminat cepat2 ke ziShifa Collection :) sementara stok masih ada,, 

owh owh owh,, ada iklan menarik menanti anda,, mahu menonton perlawanan UEFA EURO 2012 LIVE IN POLAND? oh yeah,, ini maybe menjadi realiti anda, siapa tahu bukan? cepat klik dan menang menonton perlawanan UEFA EURO 2012 in POLAND!!

Friday 9 March 2012

BAWAL PLAIN 1 TONA

Assalamualaikum,,

kami ada menjual tudung bawal 1 tona dengan harga yang murah!!!!! hanya RM7 sahaja! so dapatkan segera sementara stok masih ada :) kalau berminat boleh terus pm facebook ziShifa Collection

ni antara koleksi warna yang ada stok :)








dan ini antara model2 kami yang menggayakan tudung bawal plain ni :)








ok,, untuk kos penghantaran 1-3 helai hanya rm6 via pos laju :)


p/s: dapatkan Honda Hybrid yang sgt cantik dan environmental friendly :))

Tuesday 14 February 2012

TUTORIAL: JERUK CILI

Assalamualaikum,, apa habaq sume,, dah xdak benda sangat nak update kat blog kan,, so saja nak share cara-cara untuk membuat jeruk cili especially untuk student yang xdak peti sejuk nak simpan cili, orang2 yang kuat makan cili macam kitaorang ni heheh... step yang akan diajarkan ni sangat mudah especially untuk budak2 asrama kan,, macam kitaorang ni yang kuat kedarah cili,, bak kata Allahyarhamah Ummi kami "PERUT ULU/PERUT KAMPUNG" sebab kalau nak makan ja mesti kena ada cili or cabai! lagipun rasa xrock kan makan nasi tak pedas kan? hehhe i'm right? ok ok xnak bebel lama2 ok.........

BAHAN-BAHAN

  1.  cili merah, hijau, ungu, besaq, kecik, bulat,, semua yang bernama CILI/CABAI boleh digunakan yer
  2. cuka
  3. garam dan gula secukup rasa
  4. air panas 100 darjah celcius

ok cara yang sangat mudah untuk membuat cili jeruk ialah:-

1. cili-cili tadi hendaklah dipotong mengikut citarasa anda,, tak potong pon boleh,, tapi sebagai anak dara so behave cket heheh 

2. rendam cili yang sudah dipotong ke dalam air panas dan biarkan sehingga cili berubah warna dan toskan

3. masukkan gula, garam dan cuka ke dalam bekas jeruk dan kacau hingga sebati. 

4. kemudiaan masukkan cili yang telah ditoskan ke dalam sebatian gula, garam dan cuka tadi

5. tunggu sehingga cili menjadi masam dan boleh dihidangkan bersama maggi (budak2 asrama), char kew tiow, nasi dan sebagainya sebagai menambah selera :p

jeruk cili jugak boleh tahan selama 6 bulan ye tuan-tuan dan puan-puan,, InsyaALLAH,,,, kalau tak makan abis la :p

ok! Selamat mencuba,:)) dan semoga mendapat manfaat entry kali ini :))

Thursday 2 February 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU SIS!

Assalamualaikum,,, 

SELAMAT PENGANTIN BARU TO OUR SISTER NUR AKHILAH DAN PASANGANNYA ABDUL HADI! SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KAMU BERDUA :))

yeah! straight to the point,, tanggal 20/01/2012 admin first kami telah selamat mendirikan rumahtangga tepat pukul 9.41 malam....

TAHNIAH! 

menyarung cincin :))

Pada 21/01/2012.. Alhamdulillah majlis kesyukuran berjalan dengan lancar dengan ujan renyai2 apabila ketibaan pengantin,, Thank to all tetamu yang hadir,, kepada saudara mara, kawan2, jiran2, orang kampung yang sudi datang memeriahkan majlis dan bertungkus lumus membantu melancarkan majlis,, jutaan terima kasih sangat2,, semoga ALLAH merahmati anda semua,, dan disini kami ingin memohon maaf jika terkasar bahasa dan mempunyai kekurangan ketika majlis berlangsung,, harap dimaafkan,, apa2 pon thanks sangat2,,

happy bila tengok kakak dah kawen walaupun at the same time sedih jugak,, yolah,, dah xleh nak gatai2 macam dulu,, ke mana pon nak berempat tapi sekarang dah xboleh,, coz...
  1. kakak kena jadi orang MATANG
  2. kena lebihkan suami dari adik2 yang comel ni (blushing) :p
  3. tak boleh dah lepak sebilik dan gebang2, huha huha lagi :(
  4. kena jadi isteri solehah 
  5. dan lain2 hahahahah :p
haaa.... sebelum terlupa thanks a lot to HAMIZAH BUTIK PENGANTIN MUSLIMAH yang menyediakan set bilik tidur, meja makan, persalinan dan perhiasan pengantin, dan make up yang sangat cantik dan va va boom gitu dan sangat berpatutan,, thanks HAMIZAH BUTIK PENGANTIN MUSLIMAH.. 

by the way,, alang2 nak promote,, butik pengantin ni sangat bagus, pada pandangan kami sebagai Muslimah Islam,, dimana cukur kening tidak dilakukan dan pengantin perempuan mesti bertudung,, wow bukan? disamping kita nak cantik,, apa2 tuntutan agama mesti didahulukan :) ALHAMDULLILAH,, masih ada butik yang masih mengekalkan imej yang baik macam ni,, dan kita harus sokong bukan? 

ok xmo bebel banyak2 jom tengok gambaq plak

 dah jadi isteri orang :p

 bersalam-salaman

kat masjid

 pose sket

 weeeeeee :)

 pengapit yang comel :p

 makan beradab :)

the pengantin

 orang kuat,, ayah & maksu :)

we again :)

p/s:::: dan tidak lupa mari sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada UMMI tercinta kami,, ALLAHYARHAMAH NORIZAN BT JUSOH,, Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allayarhamah Ummi,,