BAHAN-BAHAN
- cili merah, hijau, ungu, besaq, kecik, bulat,, semua yang bernama CILI/CABAI boleh digunakan yer
- cuka
- garam dan gula secukup rasa
- air panas 100 darjah celcius
ok cara yang sangat mudah untuk membuat cili jeruk ialah:-
1. cili-cili tadi hendaklah dipotong mengikut citarasa anda,, tak potong pon boleh,, tapi sebagai anak dara so behave cket heheh
2. rendam cili yang sudah dipotong ke dalam air panas dan biarkan sehingga cili berubah warna dan toskan
3. masukkan gula, garam dan cuka ke dalam bekas jeruk dan kacau hingga sebati.
4. kemudiaan masukkan cili yang telah ditoskan ke dalam sebatian gula, garam dan cuka tadi
5. tunggu sehingga cili menjadi masam dan boleh dihidangkan bersama maggi (budak2 asrama), char kew tiow, nasi dan sebagainya sebagai menambah selera :p
jeruk cili jugak boleh tahan selama 6 bulan ye tuan-tuan dan puan-puan,, InsyaALLAH,,,, kalau tak makan abis la :p
ok! Selamat mencuba,:)) dan semoga mendapat manfaat entry kali ini :))
No comments:
Post a Comment